Laman
utama :: Pembelian :: Hubungi Kami :: Dr
Tuah
Ketahui tentang cara-cara
memotivasikan diri anda
dengan Dr.
HM Tuah Iskandar al-Haj, pakar motivator Malaysia. Anda akan
menambah keyakinan diri dan pengetahuan dengan hanya membaca sebuah
buku hasil karangan beliau.
Dan kini, buku terbaru
beliau, Kalau Ya, Katakan Ya! boleh ditempah
secara
online
|
5 sebab
kenapa anda harus memiliki buku
terbaru Dr.
HM Tuah Iskandar al-Haj, Kalau Ya, Katakan Ya!
#1 Buku motivasi Dr Tuah yang ke-3 terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. ini
mempunyai illustrasi-lllustrasi atau gambar-gambar kartun
berdialog
yang menarik di hampir setiap muka surat. Anda tidak akan cepat
bosan
jika membaca sambil melihat kartun-kartun tersebut.
#2 Dalam buku setebal 350 muka surat ini, Dr Tuah menggunakan
bahasa
perbualan atau bahasa santai dan
bukannya bahasa Melayu rasmi.
Kata Dr
Tuah, "Remaja
sekarang tidak minat
membaca kerana penceritaan di dalam
buku dan majalah sangat
serius dan banyak menggunakan bahasa Melayu
rasmi. Jadi saya mahu membawa penceritaan yang menggunakan bahasa
remaja semasa". Contoh perkataan yang digunakan adalah "omputih,
"kecik", "sabor", "sapah", "heran" dan banyak lagi.
#3 Cara Dr Tuah mempersembahkan penulisannya amat menarik, seolah-olah
beliau sedang berada di
hadapan anda bercerita tentang kisah dan
pengalaman hidupnya. Kadang- kadang anda akan tergelak bersendirian
membaca pengalaman yang dilalui beliau.
#4 Setiap bab
di dalam buku
beliau akan diakhiri dengan mutiara
kata
atau pantun 4 kerat yang mengandungi nilai-nilai motivasi.
#5 Buku yang sesuai untuk semua peringkat
umur. Buku ini menceritakan tentang
kekeluargaan,cinta, rumah
tangga,
ketuhanan, akhlak, semangat
kebangsaan, seni, gejala
sosial, ajaran sesat, psikologi, kerjaya, ekonomi, dan pelbagai aspek.
Siapa Dr. Tuah?
Bagi belum
mengenali beliau, Dr Tuah dilahirkan di Muar, Johor dan mendapat
pendidikan awal di Sek. Ren. Inggeris Sungai Raya Muar. Memperoleh
Ph.
D dalam Mass Communication & Letters dari
Ansted University, United Kingdoms.
Beliau merupakan
pengasas modul 3E (Extramind, Extramild
&Extramile) . Modul ini
telah melayakkan
beliau untuk menerima The
Outstanding People of the 20th Century Award dari International
Biographical Institute, England pada tahun 1999 dan telah
dilantik
menganggotai The
Research Board
Advisor oleh American Biographical
Institute, Amerika Syarikat pada tahun 2000. Di samping itu
beliau juga
adalah Honorary
Member AU Advisory
Council yang berpusat di BVI, United
Kingdom sejak tahun 2001. Beliau juga merupakan penulis buku
bestseller Membina
Imaginasi Gemilang
terbitan Alaf 21
Beliau aktif
sebagai Pakar
Motivasi 3E, kaunselor,
novelis, penulis
buku dan panelis majalah, TV dan radio.
Dr. Tuah di TV3
Beliau merupakan penyumbang
artikel-artikel motivasi secara
tetap dalam majalah-majalah terkemuka
seperti Mingguan Wanita, Keluarga, Fokus, Dewan Siswa, Dewan Pelajar,
Dara.com, Sarina, Dewan Kosmik, Bacaria, Dewan Agama & Falsafah,
Nur, Pa & Ma, dan Majalah i. Beliau juga sering muncul dalam
segmen-segmen motivasi di TV1, TV3, Astro Ria dan motivator
tetap di
Radio Malaysia Selangor.
Siapa yang harus
memiliki buku Kalau
Ya, Katakan Ya! ?
- Mereka yang cintakan
ilmu dan sentiasa ingin memajukan diri sendiri.
- Mereka yang suka
mendengar kisah-kisah hidup yang
memotivasikan
- Pelajar yang perlukan
semangat untuk belajar
- Pekerja yang perlukan
semangat untuk bekerja
- Suri rumah tangga yang mementingkan
keharmonian rumahtangga
Tip Dr. Tuah!
5
perbezaan antara lelaki dan wanita
Lelaki
|
Wanita
|
Menjauhkan diri jika merasa
stress
|
Berkongsi perasaan jika
stress
|
Perasaan cintanya fleksibel
|
Perasaan cintanya sepenuh
hati
|
Bila marah akan banyak
melawan
|
Bila marah akan banyak
mengalah
|
Susah menerima pandangan
sebab ego
|
Mudah dan suka menerima
pandangan
|
Suka membuat keputusan
|
Suka menerima arahan
|
Apabila anda membaca buku ini anda TIDAK akan merasa
- Bosan kerana motivasi Dr Tuah bukan berdasarkan teori
tapi pengalaman
dan teladan
- Malas kerana motivasi beliau yang relaks tapi power
- Sangat serius kerana kartun-kartun yang kelakar
akan menceriakan
pembacaan anda
- Main-main
kerana motivasinya yang santai tapi serius
- Lemah kerana cerita-cerita buku ini akan menguatkan
matlamat hidup anda
Dapatkan senaskhah buku Kalau Ya, Katakan Ya!
pada harga yang sangat menarik.
RM25.90 (buku Kalau Ya, Katakan Ya!) + RM6.00
(kos pos)
|
|